pastipenang.com

 
Julai 2010 Ogos 2010
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 26 1 2 3 4
Week 27 5 6 7 8 9 10 11
Week 28 12 13 14 15 16 17 18
Week 29 19 20 21 22 23 24 25
Week 30 26 27 28 29 30 31

sukanpasti2010.jpg 

KEPALA BATAS, 28 Jun: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani mahu Pasti dikembangkan menjadi 1,000 buah lagi pada masa depan berbanding hari ini yang mencecah 1,000 buah di seluruh negara termasuk Sabah.

Justeru itu, beliau berharap semua jentera Pasti negeri serta guru-guru supaya memastikan pusat asuhan itu terus matang dan cemerlang pada tahun-tahun akan datang.

Beliau juga berkata, Sukan Pasti Malaysia yang diadakan setiap tahun mulai tahun 2005 berjaya membuka mata masyarakat.

Ini, katanya kerana melalui sukan itu masyarakat tahu bahawa Pasti bukan sahaja mengajar Al-Quran dan pembelajaran awalan Islam lain tetapi mengambil berat soal kemahiran permainan sukan seperti bola sepak dan bola jaring sejak kecil lagi.  

Kehadiran Pasti, tambahnya, di tengah masyarakat kini kian menyerlah bukan kepada masyarakat Islam sahaja bahkan di kalangan masyarakat bukan Islam.

"Inilah nilai Pasti sejak ditubuhkan 20 tahun lalu di mana kemunculannya di tengah masyarakat berjaya mengubah senario politik dan anggapan Pasti semata-mata mengajar Islam dengan membelakangkan sebarang bentuk kesukanan terutamanya bola sepak yang menjadi sukan kegemaran rakyat negara ini," jelasnya ketika merasmikan Majlis Penutup Pesta Sukan Pasti Malaysia 2010 di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini petang semalam.

Hadir sama menyaksikan pesta sukan kali keenam itu ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Pengarah Pasti negeri, Mohd Asri Harun, Ketua Majlis Guru Pasti Malaysia, Puan Saadiah Abu Bakar serta kepimpinan Pasti yang turut memberikan sokongan padu kepada pasukan yang bertanding.

Terengganu bakal menjadi tuan rumah pesta sukan itu pada tahun depan.

Sementara itu, pasukan bola sepak Selangor sekali lagi menunjukkan taring apabila berjaya mengekalkan kejuaraan apabilan mengalahkan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir.

Pasukan merah kuning itu nyata gah di padang kerana sekaligus memenangi ketogari penjaring terbanyak, Adik Lokman Hakim dan pemain terbaik, Mohd Fakrulrazi Ahmad Shamsuri.

Piala kemenangan disampaikan oleh Ketua Pengarah Pasti Malaysia, Azrin Abdul Majid kepada semua pemain, juru latih dan ketua kontinjen Selangor.

Pasukan Perak menduduki tempat ketiga mengalahkan Terengganu dengan lambungan syiling apabila kedua-dua pasukan berkesudahan seri 7-7.

Dalam acara bola jaring pula, pasukan Terengganu menang besar mengalahkan Kedah dengan jaringan 10-1 bagi memastikan pasukan mereka paling hebat berbanding kontinjen lain.

Tempat ketiga Selangor yang mengalahkan pasukan tuan rumah juga dengan jaringan besar 12-1.

Bagi ketogari bola jaring, Adik Siti Ainun Majah Zulkifli berjaya menjadi penjaring terbanyak dengan 25 gol manakala Adik Adlin Aqilah Kamarulhisyam mendapat anugerah pemain terbaik.

Sebanyak 13 buah negeri mengambil bahagian iaitu Melaka, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Terengganu dan Sabah.

Sumber : Harakahdaily.Net oleh Mohd Sabri Said  

 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 4 dari 13

Login Form






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Hit Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini133
mod_vvisit_counterSemalam192
mod_vvisit_counterMinggu Ini1057
mod_vvisit_counterBulan Ini4928

Sedang Online

Kami ada 1 tetamu online

Ruangan Pengiklanan



iklan1.jpg

Program Terdekat

There are no upcoming events currently scheduled.

Pengumuman Admin



Kemaskini Data

Kepada semua Pengerusi Kawasan, Sila kemaskini jumlah pelajar setiap cawangan mengikut jantina dan kelas.
Tuan-tuan juga perlu kemaskini jumlah guru bagi setiap cawangan masing2.
Tarikh akhir ialah pada 15/1/10 Peringkat Kawasan & Sebelum 20/1/10 dihantar kepada Negeri. Harap Maklum


Pemulangan Semula Bekalan ( Return )

Semua Bekalan lebihan yang hendak dipulangkan semula hendaklah DISERAHKAN SEBELUM 1/2/2010 kepada SUK. Sebarang pertanyaan/masalah boleh hubungi SUK di talian : 019-4095922 / 019-5220758

Upgrade Laman Web

Pihak pentadbiran laman memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Kami dalam proses menaik taraf laman web PASTI negeri.

Hantar Info kepada Admin

Sila hantarkan apa-apa info tentang program PASTI peringkat Kawasan/Cawangan untuk dimuatkan ke dalam web pastipenang.com
Maklumat yang diperlukan ialah :
a) Nama Program
b) Tarikh & Masa
c) Tempat
d) lain2 yg difikirkan perlu

Hantarkan ke admin@pastipenang.com
Harap Maklum.



Tanya Online

ShoutMix chat widget

[+]
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • blue color
  • green color